Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Review drama : The Magician of Love
Rabu, 1 Februari 2012 @ 6:12 PTG | 1 Nota cinta comel disini [s]

Apa khabar sayang ku semua? ;p
Harap-harap semua readers tak kira lah silent reader ke, sihat belaka :)
Hari ini aku dalam mood Taiwanese. Kenapa? Ini semua gara-gara penangan The Magician of Love. Ini  dah kali ke-3 aku ulang drama ni. Sungguh tak bosan :)




The Magician of Love ini adalah salah satu drama yang menjadi kegemaran aku sehingga kini. Untuk makluman kamu semua, aku terlebih dahulu meminati drama taiwan sebelum drama korea. Lagipun tahap best cerita tu pun sama. Cuma taiwan ni banyak selitkan unsur-unsur komedi yang mana tak membosankan kita sebagai penonton. Bagi sesiapa yang belum lagi menonton cerita ni, aku sarankan kamu tengok, sure takkan terasa rugi punya lah!


Sinopsis:
Salon rambut yang terkenal di seluruh dunia Neo-Image baru dibuka. Gaya rambut yang indah yang diilhamkan oleh tiga 'hairstylists' terkenal (Artz, Richie dan Fernando) menarik perhatian orang ramai. Terdapat satu peristiwa yang terjadi apabila satu pertandingan gaya rambut diadakan dan melibatkan dua buah negara. Mereka mendapati pertandingan tersebut diadakan bagi membantu mengiklankan produk rambut keluaran Perancis sekaligus memberi impak yang besar pada status negara mereka. Dalam pertandingan itu, tiga penggaya rambut terkenal itu membantu Xiao Bei, seorang penggunting rambut yang sudah ketinggalan zaman.
Cerita ini juga turut mengisahkan persaingan antara dua jenama penggaya rambut yang terkenal dan semangat yang ditonjolkan untuk menjadi yang terbaik disamping menangkis serangan-serangan kotor yang diberikan oleh pesaing mereka. Turut diselitkan kisah percintaan yang penuh suka duka yang dilalui ketiga-tiga penggaya rambut tersebut.

p/s : dalam cerita ni aku paling suka Ming Dao as Du Ya Si aka Artz. Love him soo much. Ahh Meltingg~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Ulasan:

Blogger Vibrasayekty96 berkata...

Ceritanya bgs bgt..

21 Disember 2013 pada 1:23 PTG  

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post