Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
tips 2 : cara-cara untuk menghilangkan masalah :)
Isnin, 23 Mei 2011 @ 11:56 PG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Assalamualaikum..

hai-hai..hari ini aku nak share sesuatu dengan semua readers tak kira yang mengikuti blog ini ataupun sekadar melawati blog yang seba kekurangan ini..

macam yang ada pada title di atas.. aku hari ini nak share pasal cara-cara untuk melupakan masalah atau kekusutan yang melanda diri.. aku bukan lah seorang yang pakar psikologi ke atau pakar kaunseling yang hebad untuk bagi tips-tips ni..aku sekadar nak berkongsi mengikut pengalaman dan keselesaan aku untuk melenyapkan masalah buat seketika sebab masalah kan takkan selesai kalau tak diselesaikan :)

tapi setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya kan..

tips ini juga aku guna bila aku tengah frust atau dalam mood gaduh dalam perhubungan..

1. makan ais krim satu mangkuk sambil menangis

kata orang, kalau kita menangis, segala beban dalam hati akan hilang..sama lah macam aku, mesti kena menangis dan disamping tu aku makan ais krim.sebab bagi aku ais krim tu menenangkan, lagi-lagi ais krim vanilla..slurrppp..kadang-kadang even bila aku tengah mara pun, aku makan ais krim untuk cool kan marah aku..

2. tidur
haa.. ni lah salah satu cara yang paling berkesan untuk aku..sebab bila aku bangun dari tidur..semua beban dari masalah aku macam dah ringan je..yang peliknya, bila aku ada masalah ke kan mesti rasa mengantuk tu cepat je datang..hehe

3. makan banyak-banyak
bila ada masalah, nafsu makan aku pun selalu naik mendadak.. lagi lagi kalau ade snack yang memang fav ade kat depan mata..5 minit pun dah boleh habis :)

4. share masalah dengan family atau kawan-kawan
benda ni yang paling oke bagi aku..yela, kat siapa lagi kalau bukan mereka untuk kita mengadu domba..setiap kali kita ada masalah mereka lah yang ada disamping kita..susah senang kita bersama..dan kalau bertuah, masalah kita dapat diselesaikan dengan nasihat dorang..

5. menjerit kuat-kuat
haa..benda ni aku selalu buat..tapi dulu-dulu la..mase muka tak reti segan lagi..sekarang dah reti segan =_=' so, tabiat ni terpaksa lah dihentikan..tapikan kalau kita menjerit, macam ada satu beban yang terlontar keluar bersama suara kita yang sumbang lantang tu ;p

6. buat kerja mengemas dan mencuci

kalau time frust ni, aku yang kurang rajin pun jadi terlebih rajin..so, orang yang kat sekeliling aku memang suka kalau aku dilanda kuciwa..mana barang yang dah sememangnya bersih memang akan bersih berkilau tanpa was was lah :)

7. karokk!

kalau yang ni..memang konfem lah kan..boleh melalak puas-puas..apetah lagi kalau dapat lagu ziana zain..perhh pecah urat..ilang masalah gue ;p 

rasanya tu je kot..kadang-kadang mood aku ni bertukar-tukar..so, cara 'pelesapan' masalah aku pun berubah-ubah la kan..tapi apa yang pasti, selepas aku buat benda-benda kat atas tu..segalanya aku boleh fikir dengan tenang..so, segala masalah pun aku boleh selesaikan :)

yang paling penting, setiap orang punyai cara penyelesaian yang tersendiri sebab setiap orang mempunyai citarasa dan isi hati masing-masing kan..

p/s : korang nak tahu tak, ada cara untuk sukses dalam bisnes..banyak pendapatan dapat diperolehi kalau perniagaan kita maju dan untung..untuk mendapatkan cara-cara tersebut sila tekan ini..pasti tidak menghampakan :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post